Hari ni sangat menarik.
Ok gebang. Xdela menarik mana. Tapi lebih menarik lah dari hari hari biasa. Kenapa?
Sebab hari ni driving. Lah tu je ke? Ade lagi. Hari ni belajar driving dengan Anak Encik Borhan Ke-2. Dekat stadium. Orang takde. Tu je? Ya tu saja. Tak menarik? Aku peduli apa.
Lepas mimpi yang pelik dan susah diterjemah, aku terbangun.
"Asal gelap semacam ni? Awal lagi kot. Sambung sket lagi lah. HeeeHeeeHee.."
Skali tengok jam dah pukul 12:20.
"Awal pale ko nep"
Apahal sejuk je kat luar? Oh. Patut la. Baru lepas hujan.Hahaha.
Bangun mandi2 lepak2. Berbicara dengan Adam. Main dengan Adam.
"abang mamat abang mamat!!"
Ya dia panggil aku abang mamat. Lucu? Aku peduli apa.
Kembali kepada topik asal, lepas makan sume, aku cakap dengan Anak Encik Borhan Ke-2
"Weh, drive jom. Cuace tgh bes pulok ni. Sejuk je. "
"Malasssss.."
Tak berperikemanusiaan betul la dia ni.
"Jom la!"
"Yela2!"
Then dalam pukul 1 kitorang gerak ke stadium. Stadium mana? Tak tau. Lupe. Ok gebang. Sebenarnya aku memang tak pernah tau nama stadium tu. Aku peduli ape. Janji lapang luas dan KOSONG!
Then lepas change, depan area parking tu kan, ade ruang sikit kan, then depan sikit lagi, ade.. Asal aku bagitau korang? Korang bukan tau pon. Ceh. Senang cite dekat area tu ade satu bangunan besar. Then keliling tu ada jalan pusing2. Jalan memang takkan habis. Pusing je macam orang gila. Peh. Bes gila. Dah la takde kete. Masuk je gear satu bermulalah episod nottoofastbutagakfurious. STIM GILE BAWAK! Laju nak mati. Anak Encik Borhan Ke-2 dah menggelupet je. Seperti yang dijangka, aku bawak sampai gear 5. Peh. Feeling.
Then bawak gi area bukit. Kat sni memang bes lah. Belajar practice clutch. First round: Aku berjaya mengawal clutch dengan tiptop nya. Ade lah dalam 20 minit naik bukit turun bukit practice clutch. Lagi menarik daripada belajar dekat IM. Sangat best. Tak tipu. Tak gebang.
Then pergi dekat bangun tu balik. Pusing2 lagi. Tah berapa round. Ada pekerja Go Kart dekat situ dah pelik tengok aku.
"Ape kene budak ni.."
Then gi dekat area bukit lagi. Second round: Kurang berjaya. Cilakut punye clutch. Mengade pulak dengan aku. Mati jugak lah sekali dua. Tapi lepas tu baru berjaya semula. Naik turun lagi dekat 10 minit. Best best. Then pusing2 lagi 1-2 round. Abang Go Kart macam dah nak pukul aku. Aku peduli apa.
Then dah habis gerak balik. Peh. Sangat best hari ni.
Sampai rumah , try modem lagi. Tidak berjaya. Memang nak kene pukul TM ni. Aku call mak aku.
"Mi, camne nak call TM?"
"Call 100"
"Then tekan 1 or 2. Then 1 or 2 lagi. Then lagi. Sampai ade manusia angkat."
"Oh ok."
Bunyi macam mak aku tengah kerek, tapi memang betul. Mula2 dail memang ada automatic answer.So lepas tekan tekan..
"Hai terima kasih kerana mendail TM Care Center. Boleh saya bantu?"
"WEI BODO ASAL INTENET AKU X BFUNGSI!"
Oksayatipu. Aku manelah berani nak cakap camtu. Nak kene pukul ke? Kang tak pasal2 ade orang datang rumah carik aku. Naye je heeeheee.
"Sye call nak tny. Knape intenet saye xle on?"
"Xle on macam mane tu encik?"
"Die mcm connected tp xle browse."
"Oh. Baiklah. Sape name encik?"
"Hanif."
"Ok, login id streamyx encik ape ye?"
"****************************************"
"Hmm..baiklah. Streamyx ni daftar atas nama siapa ya?"
"*************"
"Ok. Saya dah tengok dekat sini. Memang ada problem. Ok. Encik buat ni ya"
So lepas dia bagi instructions ape sume, dia cakap
"Ok, lepas siap sume tu, encik tunggu saja ye. Dalam setengah jam, tapi saya x jamin, akan ada orang call encik semula ya."
"Oh ok."
Hm..Selalu orang cakap orang TM ni macam tak membantu. Tapi ni macam peramah je. Bes je. So aku dengan senyum2 tecangak sorang2 depan pc tunggu dia call. Sebelum tu aku buat ape yang dia suruh.
Then tunggu.
10 minit. = :D
20 minit = :)
25 minit = :|
40 minit = >:(
MANA NI? CB LA! Memang betul lah orang kata. Cet. Penipu! BENCI TM!
So aku call balik. Dah malas tunggu. Pulak tu susah lak kali ni nak call. Banyak kali try baru leh dapat orang yang jawab.
"Hai terima kasih kerana mendail TM Care Center. Boleh saya bantu?"
"WOI BODO ASAL KO X KOL AKU BALIK?!?!?!"
Oksayagebanglagi. Mane lah berani nak cakap camtu.
"Helo. td saye ade call. Sye ade prob dgn intenet. Xleh connect. Orang TM cakap die nak call blk. Tp xde pon?"
"Oh.Haha.Kami minta maaf. Orang kami agak sibuk. Tapi disni menunjukkan encik memang ada call tadi."
"Ok, encik dah buat instructions tadi?"
"Dah."
"Ok, sekarang encik tutup modem. Then restart PC. Saya tunggu."
"Ok."
Then lepas tutup modem, restart PC.
"Ok sekarang encik cuba on semula modem."
EH DAH BOLEH LA! HAHAHHAHAHAHAHHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHA!
"Okeh. Dah ade balik lampu intenet. Ape prob die tadi?"
"Bagus. Ok, problem die tadi is, connection ada, tapi dia hang. Dia kene restart connection. Encik selalu turn off pc tapi tidak off modem ya?"
"Oh..Aah.. he he he he he... (Gelak bodo)"
"Haha. Ok. Lepas ni bila dah selesai guna intenet, disconnect dulu then off modem."
"Ok. Trimas ye. He he he hehehe.. (Gelak bodo lagi)"
"Sama sama. Terima kasih kerana menelefon TM Care Center."
"Terimakasih."
Eh? Orang tu cakap terima kasih aku balas terima kasih jugak? Ah. Aku peduli ape. Janji intenet dah ade. He He He He He.
Then 2-3 jam pas tu, orang TM call aku.
"WOI. U TENGOK BLUE KA? ADE REKOD NI!"
"WEH MANE DE CB!"
Oksayagebangkaliketiga. Sebenarnya dia call sebab dia ingat problem aku tak selesai lagi. Haha. Dahla perempuan pulak tu yang call. Seksi je suara. Haha. Kan bes kalau problem aku tak selesai lagi. Leh flirt. wakakka..Tah pape lah TM ni. Buat aku tegelak je.
Terimakasih Encik TM.
p/s: farakiutmiut
p/ss: tahniah kepada nurelvirahaque kerana berjaya jpj.
Mar 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
siape farakiutmiut tu?
ReplyDeletehah.inilah die farah kiutmiutcomeylote ni.
mekaseh nep..naty ku kasi awrd kat blog ko ni.hehe
sume jgn jelesh name ku ade.
lagi2 si amel tu.tak penah tgk ku senang.hahaha
hahaha
ReplyDeleteanep yg sngt mengon...
ku dah sampai kat kamo pny blog...
huhuhu
haha..terimakasih =)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete